Memorandum kepada kerajaan British Hindraf

Hindraf mengutus memorandum kepada Perdana Menteri British, Gordon Brown, pada 15 November 2007, meminta supaya satu resolusi dibawa ke PBB mengutuk tindakan kerajaan Malaysia. Antara lain, Hindraf juga tidak dapat menerima tindakan Empayar British yang membawa buruh murah dari benua kecil India ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang. Dari generasi pertama lagi mereka mendapat layanan buruk di ladang-ladang. Selain itu, di bawah kerajaan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Hindraf merasakan hak mendirikan kuil masih diabaikan. Isu pendidikan, hak asasi manusia, kebajikan dan taraf kerakyatan warga minoriti India hendaklah diperbaiki.

Beberapa orang peguam muda India telah membuat garis kasar tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan British, terutamanya Ratu Elizabeth II. Peguam-peguam itu ialah M Manoharan (Pengerusi), P Uthayakumar, R Kenghadharan, Waytha Moorthy Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Hindraf http://www.hindraf.co/ http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HA14Ae... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.financialexpress.com/latest_full_story.... http://www.financialexpress.com/old/latest_full_st...